Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu penilaian
     Daripada hasil tinjauan dan pembacaan saya berkaitan dengan artikel jurnal PENILAIAAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MELALUI PORTOFOLIO. Dihasilkan oleh lihanna borhan. Di dalam kajian beliau tersebut menggunakan pendekatan penilaian portofolio di kalangan kanak-kanak terutamanya kepada kanak-kanak di dalam tadika. Berdasarkan kepada peredaran zaman dan perubahan pendidikan di negara kita amatlah penting untuk kita melihat dan mengikut peredaran pendidikan di negara-negara lain. Oleh itu, konsep penilaian amatlah penting di dalam pendidikan untuk melihat sejauh mana pertumbuhan dan perkembangan murid-murid kita.
     Guru memainkan peran penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Selain itu, melalui aktivitas penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian disekolah yaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Didalam penilaian formatif terdiri dari pada penilaian melalui portofolio yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dari pada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana suatu pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan dengan sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam berbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian sendiri adalah aatu proses berterusan untuk menentukan kaedah yang digunakan dalam pengajaran oleh guru-guru dan disamping itu boleh memberi bimbingan dan panduan kepada mereka untuk mengatasi kekurangan yang wujud. Penilaian berbentuk soal juga harus digunakan supaya memperoleh gambaran secara keseluruhan dan benar. Hasil ini boleh diambil perhatian semasa menjalankan kursus lain pada masa hadapan projek. Beberapa tehnik penilaian boleh dan pernah digunakan untuk menilai suatu pelaksanaan suatu kurikulum.

Komentar

Posting Komentar

Postingan Populer